Tuesday, August 23, 2016

Cara-cara Cuci Barang Kemas

Entri #9: Cara-cara Cuci Barang Kemas
Teks: Noor Azila Mohamad (powergoldpaka)
Sumber: Group Bahtera Emas 24K
Foto: Google Images



CARA CUCI BARANG KEMAS


CARA 1:

Rendam barang kemas dalam air suam selama satu jam. Lepas tu guna berus gigi yang dah buruk tu tapi make sure berus gigi tu lembut tau (pastikan berus gigi kat kedai RM2)..hehehe. Bubuh ubat gigi sikit..korg cuci jela keliling barang kemas tu. Pastu bilas dan rendam semula dengan air selama se jam. Pastu keluarkan dan sejatkan atas kain kering.


CARA 2:

Rendam barang-barang kemas dalam air asam jawa selama 6 jam, kemudian basuh dengan air biasa je. Keringkan dengan kain yang bersih.(hahaaa ni tentu anda akn fikir lama kn..So nak buat benda ni, buat malam sebelum tidur pastu confirm sekejap saja rasa).


CARA 3:

Rendamkan di dalam teh cina dan biarkan semalaman. Kemudian barulah rendam barang kemas tersebut. Selepas se jam anda bersihkan mcm biasa..tp lagi lama lagi bagus.


CARA 4:

Campurkan air asam jawa dan limau nipis, kemudian rendamkan barang kemas tersebut.


selamat mencuba👍👍

No comments:

Post a Comment